Kampung
Bukit Panau terletak dalam jajahan Tanah Merah. Selain nama Kampung Bukit Panau, nama Bukit Panau juga adalah daerah dalam jajahan Tanah Merah. Nama Bukit Panau juga dijadikan salah satu kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan
iaitu N26 Bukit Panau.
Ada satu bukit dinamakan Bukit Panau yang dikaitkan lagenda Wali Songo dan Hang
Tuah. Kini Bukit Panau menjadi lokasi kembara berjalan kaki (hiking) atau mendaki bukit yang terkenal di Kelantan.
Apabila
disebut Bukit Panau ramai yang keliru. Bukit Panau berada dalam pentabiran jajahan
Tanah Merah atau Pasir Mas?
Kampung
Bukit Panau, Daerah Bukit Panau dan DUN Bukit Panau sememangnya berada dalam pentadbiran Tanah Merah.
Namun,
kawasan bukit dan puncak bukit yang dikenali Bukit Panau adalah di bawah pentadbiran Jajahan Pasir Mas.
Jadi,
segala urusan di puncak Bukit Panau adalah di bawah bidang kuasa pihak berkuasa
Pasir Mas.
No comments:
Post a Comment