Saturday 21 May 2022

OMEGA 3 TNGKATKAN PENGALIRAN DARAH

 
Omega 3 berperanan meningkatkan aliran darah dalam badan ke otot semasa bersenam dan membantu meransang enzim yang membawa lemak yang tersimpan dan kemudian tukarkan menjadi tenaga dan seterusnya turunkan berat badan anda secara tidak langsung.

Kebanyakkan kita tidak mampu mengambil jumlah Omega 3 yang mencukupi berbanding orang eskimo yang sememangnya ikan merupakan makanan ruji mereka.

Oleh itu, pengambilan supplement Omega 3 membantu anda mendapatkan jumlah Omega 3 yang diperlukan oleh tubuh untuk membakar lemak yang tersimpan dalam tubuh anda.

Kadar obesiti di negara-negara  Norway dan Jepun yang rakyatnya gemar menikmati ikan adalah lebih rendah berbanding negara-negara lain kerana diet mereka kaya dengan Omega 3.

Pengambilan konsisten Omega 3  juga membantu meneutralkan masalah hormon leptin anda yang memberi isyarat lapar dan kenyang kepada otak.

Tanpa anda sedari, hormon leptin yang tidak berfungsi dengan baik gagal memberi isyarat lapar dan kenyang dengan baik ke otak dan menyebabkan kita terus mengambil makanan walaupun sebenarnya tubuh perlukan tambahan air bukan makanan.

Masalah hormon leptin yang gagal berfungi dengan baik inilah antara sebab kenapa anda yang sedang berdiet gagal turunkan berat badan.

Asid lemak Omega-3 memberikan kesan positif pada metabolisme dan keupayaan badan untuk membakar lemak, selain itu ia juga turut memberi kesan kepada penghasilan pelbagai hormon termasuk leptin.

No comments:

Post a Comment