Tuesday 30 January 2018

HAIWAN TERNAK PUNCA PENDUDUK BERBALAH

Kes binatang ternakan mengganggu penduduk kampung boleh menyebabkan perbalahan. Binatang ternakan membuang najis mengotorkan kawasan laman rumah jiran.

Itu tidak termasuk kes binatang ternakan merosakan pokok hiasan dan kebun. Lebih parah lagi apabila melibatkan kemalangan sehingga menyebabkan kematian.

Penternak perlu lebih bertanggungjawab dengan tidak membiarkan ternakan merayau atau lepas bebas.

Binatang ternakan sepatutnya diternak di tempat khusus atau ditambat bagi mengelak haiwan itu mendatangkan bahaya kepada pihak lain.

Mengikut hukum fikah, cara menternak haiwan secara dibiarkan bebas merayau menyebabkan gangguan kepada orang ramai dan mendatangkan bahaya adalah haram.

Maka hasil daging atau jualan ternakan itu juga adalah haram.

Rezeki daripada hasil haram akan menumbuhkan tubuh, darah dan daging yang akan menjadi bahan bakar api neraka. Setiap suapan makanan yang tidak halal diisi ke perut akan memberi kesan kepada nilai dan kualiti hidup seseorang.

Ajaran Islam amat mementingkan agar setiap penganutnya hanya memakan atau menggunakan sumber yang diperoleh secara halal.

Firman Allah bermaksud: “Oleh itu makanlah (wahai orang-orang yang beriman) semua yang telah dikurniakan Allah kepada kamu daripada benda yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika kamu hanya menyembah-Nya semata-mata.” (Surah al-Baqarah, ayat 172).

No comments:

Post a Comment