Friday, 19 January 2018

LAKSAM KELANTAN



Laksam menu terkenal di Kelantan. Laksam dan laksa dianggap 'kembar tidak siiras'. Sebabnya menggunakan kuah dan ulam yang sama, tetapi tidak pada bentuk dan cara membuatnya.

Laksam lebih 'mudah' untuk disediakan dalam kuantiti yang sedikit. Jadi, ia jadi pilihan untuk disediakan atau dibuat di rumah untuk hidangan keluarga.

Sedangkan laksa biasanya dibuat di 'kilang' dalam kuantiti yang banyak. Laksa biasa dijadikan hidangan masa kenduri atau majlis lebih besar.

Bacuhan tepung beras yang dicampur dengan sedikit gandum (pun boleh tanpa dicampurkan gandum) dikukus setelah dimasukkan ke dalam bahagian ats tudung periuk yang disapukan sedikit minyak masak untuk mengelak ia melekat.

Selepas ia mengeras, laksam akan digulung menjadi bentuk bulatan panjang seperti silinder. Sebelum dihidangkan ia perlu dipotong berukuran antara satu hingga dua cm untuk mudah dimakan dan menikmatinya dengan menyelerakan.

Bab kuah dan ulamnya, sama seperti kuah laksa. Opps... kuah laksa yang dimaksudkan ialah kuah laksa Kelantan. Kalau guna kuah laksa Pinang tidak sesuai.

No comments:

Post a Comment