Thursday, 31 March 2016

KELEBIHAN ORANG BERILMU

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Kelebihan orang berilmu ke atas orang yang beribadat adalah seperti kelebihan bulan ke atas seluruh bintang dan sesungguhnya nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, tetap mereka itu mewariskan ilmu. Sesiapa yang mengambilnya, dia mengambilnya dengan mendapat habuan yang banyak." (Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi).

Hadis tersebut menegskan betapa orang yang berilmu itu lebih utama daripada orang yang beribadat. Sesungguh ibadat itu sendiri hanya sempurna dan lengkap dengan adanya ilmu mengenainya. Jelas sekali, mengapa Islam amat mementingkan soal menutut ilmu. 

Sebab itu dalam membentuk agama bangsa yang maju, proses menuntut ilmu itu amat penting. Islam berkembang dan dihormati kerana penguasaan ilmu. Kita dapat lihat bagaimana kota Damsyik, Cardova dan Baghdad pada masa dulu terkenal dan mencipta tamadun yang unggul disebabkan budaya ilmu yang diamalkan pada masa itu.
           
Melalui ilmu seseorang itu bukan saja kaya ilmunya, tetapi akan memperoleh kekayaan dalam bentuk metarial. Justeru, jika kita ingin mencapai kejayaan, berusalahan dengan mencari ilmu. Tepat sekali maksud sebahagian hadis di atas, "sesiapa yang mengambilnya, dia mengambilnya dengan mendapat habuan yang banyak."

Maka itu, berusahalah kita mencari ilmu untuk kejayaan hidup. Ilmu yang diguna akan semakin bertambah, sedangkan harta akan semakin berkurangan apabila digunakan.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sesiapa yang menjalani jalan mencari ilmu, maka Allah memudahkan baginya jalan ke syurga, dan sesungguhnya malaikat meletakkan sayap-sayapnya bagi penutut ilmu reda dengan apa yang dilakukannya, dan sesungguhnya orang berilmu itu mereka yang di langit dan di bumi akan meminta ampun baginya hingga ikan di air.  (Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi).

Hadis ini jelas sekali menyatakan betapa besarnya pahala mereka yang menutut ilmu sehingga Allah SWT memudahkan baginya jalan ke syurga. Sesuatu yang diganjari dengan pahala yang besar, bermakna perkara itu adalah penting untuk dilakukan. 

Ini membuktikan proses menuntuk ilmu itu penting yang perlu diberi perhatian. Amalan itu bukan setakat disukai oleh Allah SWT, bahkan seluruh makhluk lain mendoakan kebaikan kepada mereka yang menuntut ilmu. Justeru, untuk mendapat pahala dan kebaikan yang berterusan, maka hendaklah kita sentiasa berada dalam proses mencari ilmu sepanjang masa. 

Tanggapan bahawa menuntut ilmu itu hanya perlu dilakukan oleh pelajar dan mahasiswa adalah tidak tepat. Proses itu dikategorikan sebagai pendidikan formal. Sedangkan dalam realiti kehidupan proses menuntut ilmu secara tidak formal adalah lebih banyak diperoleh. 

Setiap masa kita berada dalam proses mencari dan mendapatkan ilmu baru. Ini sesuai dengan perkembangan semasa yang mana banyak perkara baru berlaku di sekeliling kita yang memerlukan kita mengetahui dan mempelajarinya sepanjang masa.

No comments:

Post a Comment